pharmacy application back home

Wednesday, June 11, 2008

just a lil info
courtesy of Joe Quah =)

Dear all,
I got this from my friend in Ireland. Take a read and you can apply for a job online (if you want to) before you go home.
Cheers.
Joe
__________________________________________________

SISTEM PENGAMBILAN PEGAWAI PERUBATAN/PERGIGIAN/FARMASI GRED U41

(A) Maklumat tentang Pengambilan Secara Sistem Terbuka oleh SPA

Khusus untuk calon-calon warganegara Malaysia lulusan universiti-universiti luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Calon-calon Semenanjung Malaysia akan ditemu duga di ibu pejabat SPA di Putrajaya pada setiap hari Selasa manakala calon-calon Sabah/Sarawak akan ditemuduga di pejabat SPA Cawangan Sabah atau SPA Cawangan Sarawak (mana yang berkaitan) pada tarikh-tarikh yang akan dimaklumkan kemudian .

(B) Cara memohon

Permohonan melalui "Internet" di laman web dengan mengisi Borang SPA8i online. ( www.spa.gov.my)

Isikan borang SPA (ST) dan hantarkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum temu duga melalui fax atau e-mel.

Tempahan tarikh temu duga melalui talian terus ke SPA.

Nota :Pada masa yang sama, calon juga diminta mengisi borang-borang berikut:-

Pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia / Majlis Pergigian Malaysia / Lembaga Farmasi Malaysia (yang mana berkaitan).

Borang maklumat diri dengan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia.

(C) Dokumen yang perlu di bawa semasa temuduga

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan seperti berikut:-
i) Kad Pengenalan;
ii) Sijil Kelahiran;
iii) Sijil SPM;
iv) Ijazah atau transkrip keputusan peperiksaan tahun akhir; dan
v) Sijil pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia / Majlis Pergigian Malaysia / Lembaga Farmasi Malaysia (sekiranya telah berdaftar).
DAPATKAN SIJIL PENGALAMAN YANG MEMUASKAN DARI MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

(D) Tawaran Pelantikan

Tawaran surat pelantikan akan dibuat pada hari temu duga bagi calon-calon yang berjaya terutamanya calon-calon yang telah memperolehi Sijil Pendaftaran daripada Majlis Perubatan Malaysia/ Majlis Pergigian Malaysia/ Lembaga Farmasi Malaysia.
Bagi calon-calon yang belum memperolehi sijil pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia / Majlis Pergigian Malaysia / Lembaga Farmasi Malaysia, calon-calon akan menerima surat lantikan bersyarat daripada SPA
Carta Aliran Proses Kerja Bagi Urusan Pelantikan
Pegawai Perubatan/Pergigian/Farmasi (melalui JPA)
(1) Lapor diri di JPA ( Bahagian Latihan, Unit C) Bagi pelajar-pelajar tajaan JPA

Pelajar diminta untuk
atur temujanji dgn SPA bagi urusan temuduga
(2) Isi borang SPA8i ( Boleh dilakukan secara online, www.spa.gov.my)

Mengisi Borang Pendaftaran MMC/MPM/LFM

Alamat MMC:

Majlis Perubatan Malaysia
Bahagian Amalan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras
2-3 & 7 Blok E1, Parcel E
62590 Putrajaya
Tel : 03-88831039
Laman Web : medicalprac. moh.gov.my
E-mel: mmckkm@yahoo.com
Mengisis Borang maklumat diri dengan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan

Tempahan tarikh temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pelajar adalah dinasihatkan untuk mendaftar dahulu dengan MMC sebaik sahaja tiba di tanah air. Sekiranya pelajar tidak sempat berbuat demikian, bolehlah mendaftar selepas temuduga dijalankan
(3) Hadir temuduga di SPA (Temuduga diadakan setiap hari Selasa)
Terima surat pelantikan daripada SPA bagi calon-calon yang berjaya pada hari temuduga
(4) Lapor diri di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk urusan penempatan
* Proses ini mengambil masa di antara 6-8 hari bekerja
Carta Aliran Proses Kerja Bagi Urusan Pelantikan
Pegawai Perubatan/Pergigian/Farmasi (melalui SPA)
1. Pelajar menempah terus tarikh temuduga dgn SPA melalui talian terus/faks/emel selepas tamat pengajian sebelum pulang ke tanah air
2. Pelajar boleh hadir terus sesi temuduga dengan SPA yang diaturkan setiap hari Selasa selepas kembali ke tanah air.
Terima surat pelantikan drpd SPA bagi calon-calon yang berjaya pada hari temuduga
3. Lapor diri di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk urusan penempatan
Proses ini mengambil masa 1 hari bekerja
(E) Maklumat Tambahan
Calon-calon yang telah dilantik menjadi Pegawai Perubatan (U41) hendaklah berkhidmat sebagai houseman untuk tempoh 1 tahun dengan memuaskan.
Majlis Perubatan Malaysia akan mengemukakan Sijil Pengalaman memuaskan kepada pegawai yang telah menyelesaikan tempoh houseman selama 1 tahun.
Pegawai seterusnya akan mendapatkan sijil pendaftaran penuh daripada MMC dan notis khidmat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pegawai seterusnya perlu menjalani perkhidmatan wajib selama 3 tahun.
Temuduga di SPA akan dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi SPA dengan wakil-wakil daripada MMC, MPM dan LFM pada setiap hari Selasa. Pada masa yang sama calon juga diminta mengisi borang pendaftaran sementara dengan MMC/MPM/LFM oleh pihak SPA sebelum temuduga.
Bagi calon-calon yang belum memperolehi sijil pendaftaran MMC/MFM/LFM, tawaran pelantikan secara bersyarat akan diberikan oleh SPA tertakluk mengemukakan sijil pendaftaran MMC/MFM/LFM semasa melapor diri untuk bertugas di KKM. Surat tawaran pelantikan dikeluarkan selepas temuduga diadakan pada hari yang sama.
Sekiranya pelajar memerlukan maklumat tambahan bolehlah berhubung dengan pejabat ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
DAPATKAN SIJIL PENGALAMAN YANG MEMUASKAN DARI MAJLIS PERUBATAN M�SIA
PEJABAT PENASIHAT LATIHAN IRELAND

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MAC 2007

0 comments: